This printable crossword puzzle on the topic of Malay & Indonesian has 10 clues. Answers range from 5 to 9 letters long. This crossword is also available to download as a Microsoft Word document or a PDF.
Kulitnya keras berduri pula, bila dimakan enak sekali, bila masak kuning warnanya, raja buah gelaran diberi.
Buahnya bulat tapi menggererutu, banyak dijual oleh penjaja, keras-keras bukannya batu, enak dikunyah begitu sahaja.
Dari jauh tidaklah jelas, sudah dekat jadi sebutan, hendak dimakan kulit dipulas, manis rasanya bukan rambutan.
Kulit dan isi seakan nangka, sekali cuba tentulah hendak, buah apa cuba teka, digoreng panas rasanya enak.
Tumbuh merayap di atas bumi, kecil bijinya bulat buahnya, manis sekali tidak teperi, merah dan kuning warna isinya.
Isinya lembut kuning memerah, bijinya banyak hitam warnanya, tak kira musim ia berbuah, bulat membujur itulah bentuknya.
Pokoknya rendah tidaklah tinggi, daunnya panjang berduri pula, ada mata tiada gigi, buah apakah tunasnya di kepala.
Rasanya manis bukan kepalang, bila masak warnanya hitam, dari luar boleh dibilang, berapa banyak isi di dalam.
Batangnya lembut daunnya lebar, sungguh mudah hendak ditebang, di merata tempat sudah tersebar, di goreng panaas enak dihidang.
Ditanam orang merata ceruk, rupa dan bentuk berbagai jenis, buah yang muda dibuat jeruk, rasanya bercampur manis dan masam.